Kakak dipanggil adik
Kakak gembira terasa muda
Adik dipanggil kakak
Adik bengang terasa tua
Roman muka seakan serupa
Udah datang dari perdu yang sama
Kembar 2 iras…berbeza 6++…
Jiwa resah
Gusar,gelisah
Cemburu,kecewa
Hasad,Amarah
Lepaskanlah
Gali kedasar hatimu
Bongkar hikmah perjalanan hidup
Mengapa dan kenapa
Di tusuk ujian dan cabaran
Matlamat dan tujuan
Dicipta Pencipta
Biarkan
Lepaskan
Segala rasa itu
Agar tenang bertamu
Dilautan sanubari
Tiada lain tujuan hidupmu
Di lembayung Redha-MU…
Oktober 18, 2011
7 tahun yg lalu…lahirnya Nurul Huda Mohd Firdaus
Hari itu
05.07.2005
Di pojok itu
Di lingkup ilmu nan agung
Kembara bermula
Penuh misi dan visi
Merebut sebanyak mungkin ilmu
Merenguk sedalam lautan pengetahuan
Di pojok itu
Diri nan kerdil
Di ruang teman nan pandai
Ribuan rasa bertingkah baur
Penuh pahit getir
Onak dan duri
Terasing sunyi
Berteman ramai
Suka gembira
Sedih dan gusar
Bertatih-tatih
Bertanya-tanya
Berputus asa
Yakin membara
Hari ini
22.09.2011
Dirai sedemikian gah
Bertopi bulat berbenang emas
Berjubah merah bertenun songket
SeLayak nya kah diri kerdil ini
Bukan untuk diriak…
Bukan untuk membangga-bangga
Diri nan kerdil harus makin bersyukur
Hanya setitis dari lautan ilmu -Mu Ya Rabb
24.09.2011 – 02.00 am
Makmal kawalan VIROB
FKAB UKM
Khamis, 22 September 2011, 2.00 pm- Majlis Pengiktirafan Penyelia dan Pemakaian Jubah
Sabtu, 24 September 2011, 8.00 am - Majlis Konvokesyen ke 39, Sidang 1.
termetrai harapan
tercanai impian
apapun….
merakam saat bahagia…memercik rasa gembira…disanubari setiap insan sedarah sedaging, seukhuwah silaturahim….
Pada-Mu jua, kupanjatkan sejuta syukur….Allahuakbar walillahilhamd!!!
Jika kau bertemu kekasihmu, tak perlulah banyak kata, tak perlu banyak lagak, tak perlu bawa bunga segala:
“Cukup tunjukkan raut muka bahawa kau bersedia menyuapinya nanti jika dia sakit.
bersedia menggendongnya ke kamar mandi jika dia sudah renta tak mampu berjalan
bahawa kau, dengan segenap hatimu bersedia mengatakan didepannya betapa jelitanya dia,
meski wajahnya sudah kerepot seperti jeruk purut,
dan kau bersedia tetap berada di situ, tak kemana-mana
disampingnya selalu, selama 40 tahun sekalipun.”
Alangkah….
apalah jasa yang harus dikenang
apalah budi yang harus dibalas
jika hanya sekelumit ilmu
tiada lain harapannya
biar anak itu
terus kejap menongkah samudra
terus kukuh ilmu di dada
terus mara mengejar cita
terukir senyum terpercik bahagia
andai didengar suatu hari
anak itu
mengukir nama di persada dunia
itulah… anak itu
pernah menjadi anak didikku…
tiada malu mengaku sama
tiada malu menumpang bangga…
Jumaat …13 mei 2011
Serasa santai bila beban 6 tahun dlm proses binding….mulala rasa nak menulis tu tiba. Sepatutnya dah update new post 1st mei aritu…but too bz..idea pun tah kemana. Bz mengejar ‘garis mati’. Alhamdulillah masih tinggal 1 lg yg belum selesai.
why 1st mei??? i dah cukup 38 years old…hahaha lg sethn je nak dok dlm 3 series ni..tiada doa yg harus kupanjatkan ke hadrat Allah yg Maha Kuasa. selain..Kurniakan lah umur yg berkat..serta mendapat kasih sayang Ilahi dan segenap makhluk di sekalian alam….Ameen Ya Rabbal A’lamin.
KASIH SAYANG SEJATI seumpama seputih salju dipergunungan, sehijau sawah seluas lautan…tak terjangkau di fikiran hamba yg dhaif lg fakir ini…