RSS

Seharusnya aku patut berbangga dengan diriku…

28 Feb

  Hari ini aku telah selesai menjalani peperiksaan viva Phdku…cukup 6   tahun usia pengajianku di UKM. Ada orang kata..eii lamanya, kenapa? apa masalah?bukan ke buat Phd tu 3 tahun je??? Walaupun mcm2 soalan ditanya, aku tetap berbangga…6 tahun jarak masa dgn aku:

a- Seorang yg berbekal ijazah sarjana muda dan sarjana dlm bidang komputer sains tetapi aku berjaya menamatkan pengajian di dalam bidang kejuruteraan elektrik, elektronik dan sistem dgn pengkhususan pemprosesan imej. Mulanya aku bekenalan dgn pemprosesan imej adalah zero. hasil cabaran Mr F…jgn buat Phd kalau tak dapat buat di Fakulti Kejuruteraan…heheheh

b-Seorang ibu kepada mulanya 3 orang kemudian bertambah lagi seorang. Dua pasang berselang bunga yg penuh karenah dan keistimewaan tersendiri. Home manager yg tidak pernah menggaji walau seorg maid pun sepanjang aku belajar. 4 tahun pertama sebagai pelajar dan home manager. dan 2 tahun terakhir sbg pelajar, home manager, pensyarah UPNM-(kwn2 sejantina dgn ku sgt2 mengerti kesibukan penjawat jawatan semua di atas)

c-Seumur hidupku, kedudukan ku dikalangan rakan sebaya bukanlah pertama. Kumpulan 8 (geng masa diUUM)-berdasarkan ranking CG masa grad..aku jatuh no 6. Kumpulan ahli lembaga- heheh Kak Cujie bumi bertuah, nak compare dgn DrJ..mcm langit dan bumi..I tak msuk rangking utk compare dgn Dr J…Geng di UPM-(3 jante kelante..2 pue dtg dari phg..1 anak dara KL)…demo hebat2 belako..maju sokmo!! Geng Tahap…depa ni sume kenai aku sbg budak terer..tp ramai lg hok terernya..tu jela geng rapat masa sekolah smpailah dah keje ni. Tapi harini tanpa disangka aku dah berjaya memintas ke kedudukan pertama utk kump. 8 dan geng UPM..hehehe. Kumpulan 8 kata aku yg 1st kawen..so logikla jd yg 1st Phd. toce2..di kalangan Ahli lembaga..aku berada di kedudukan ke4…(kira oklah..sebab ada 4 lg yg sdg berusaha).

Dalam family..aku satu2nya (setakat ni) hak dpt peluang belajo smpai tahap ni. Tp adik beradik aku terer..setiap tahap fasa sistem pendidikan di Msia ni kami mempunyai wakil…tinggal sek men je blm lg..harap2 bakal mak usu dpt jd cikgu sek men. so lengkaplah kami sebagai penyumbang kepada pembangunan modal insan di negara kita yg tercinta ini…(ayat kena mcm menteri sket..sbb cita2 sek ren nak jd perdana menteri…hehehe)

d-Aku di kelilingi insan-insan hebat yang Allah aturkan dan pertemukan dalam hidupku.

*Mr F – walau dia ni tak byk cakap tp aku tahu dialah yang  mencetus semangat aku utk terus berusaha. yg paling penting restu dan izinya selama ini. Kaum keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan kasih sayang yg tiada taranya…

*Dua penyeliaku…mmg terhebat dan tak tahu camne aku nak balas jasa dua insan berjasa ini.mmg depa berdua ni pakar dan tidak pernah kedekut ilmu dan masa utk aku…

*Kawan2 rapat yg sentiasa hadir , yg hanya terikat dgn tali silaturrahim-kump 8, ahli lembaga, rakan sekerja UPNM, geng VIROB, geng UPM, geng KTC, kenkawan Tahap. Setakat ni semua kawan2 aku insan yg sgt baik, molek perkerti dan sentiasa membawa aku ke arah kebaikan dan positif. Alhamdulillah.!!

Namun..kalau aku tulis sebab kenapa aku patut berbangga dgn diriku dari a smpai z pun…semua ini tidak akan berlaku tanpa kasih sayang , rahmat Allah yg Maha Kuasa. bukan niat aku nak riak dan takabur bila aku menulis sebegini…apalah sgt..baru je dpt phd dah bongkak, takabbur..nauuzubillahiminzalik. Tidak sekali2…Semua ini Allah jua yang mengurnia..Allah yg Maha mengetahui akan mula dan akhir hamba-Nya.

Tulisan ini semata2 sebagai muhasabah keyakinan diriku sendiri…Semua orang mempunyai peluang, kemampuan, rezeki yang Allah dah tuliskan. Perlu berusaha utk mendapatkannya. semuanya saling berkait(perlu dijlnkan ujian korelasi utk melihat hubungan antara pemboleh ubah di atas–ayat tesis). namun apa yg pasti…

“Tiada berlaku sesuatu dengan izin-Nya,

Tiada tercetus idea tanpa restu-Nya,

Tiada berjaya insan tanpa dorongan-Nya,

Tiada lahirnya insan tanpa kasih sayang-Nya”

- Allahu Akbar Walillahil Hamd-

di saat ini noktahku bertitik.

1 am, 1.03.11

 

About Kak Cuji bumi bertuah!!!

haii mak...
1 Comment

Posted by on February 28, 2011 in Uncategorized

 

One Response to Seharusnya aku patut berbangga dengan diriku…

  1. ahmad syazwan rusli

    March 1, 2011 at 8:16 am

    assalamualaikum,
    tahniah atas kejayaan puan. berasa bangga menjadi pelajar yang dinilai..:)
    semoga puan sentiasa berjaya mencapai cita-cita.
    ameenn..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.