Kak Cujie’s Weblog

Just another WordPress.com weblog

Interview aka cv presentation November 9, 2011

Filed under: Uncategorized — Kak Cuji bumi bertuah!!! @ 3:51 am

Alhamdulillah..telah selesai menjalani acara temuabual atau cv presentation untuk proses kenaikan pangkat ds54..

apa yg pasti sedikit lega sebab takde pening n tergagap2 nak jawap soalan killer mcm masa interview 52 aritu. mgkn sbb kali ni present, so apa yg nak ditanya dah disebut masa present.

Rezeki, hanya Allah yg tahu..so tawakkal hanya pada-Mu Ya Rabb.

 

 

Kembar??? October 20, 2011

Filed under: Uncategorized — Kak Cuji bumi bertuah!!! @ 10:35 am

Terkadang ada yang tersilap

Kakak dipanggil adik

Kakak gembira terasa muda

Adik dipanggil kakak

Adik bengang terasa tua

Roman muka seakan serupa

Udah datang dari perdu yang sama

Kembar 2 iras…berbeza 6++…

 

Di Lembayung Redha-Mu October 20, 2011

Filed under: Uncategorized — Kak Cuji bumi bertuah!!! @ 10:06 am

Jiwa resah
Gusar,gelisah
Cemburu,kecewa
Hasad,Amarah
Lepaskanlah
Gali kedasar hatimu
Bongkar hikmah perjalanan hidup
Mengapa dan kenapa
Di tusuk  ujian dan cabaran
Matlamat dan tujuan
Dicipta Pencipta
Biarkan
Lepaskan
Segala rasa itu
Agar tenang bertamu
Dilautan sanubari
Tiada lain tujuan hidupmu
Di lembayung Redha-MU…

Oktober 18, 2011

7 tahun yg lalu…lahirnya Nurul Huda Mohd Firdaus

 

Termetrai akhirnya… October 20, 2011

Filed under: Uncategorized — Kak Cuji bumi bertuah!!! @ 9:51 am

Alhamdulillah selautan syukur ku panjatkan ke hadrat-Mu Ya Rabb…

Tiada daya dan kuasa selain kurnia-Mu jua…

 

 

 

Inilah saatnya…. September 22, 2011

Filed under: Uncategorized — Kak Cuji bumi bertuah!!! @ 1:47 pm

Hari itu
05.07.2005
Di pojok  itu
Di lingkup ilmu nan agung
Kembara bermula
Penuh misi dan visi
Merebut sebanyak mungkin ilmu
Merenguk sedalam lautan pengetahuan

Di pojok itu
Diri  nan kerdil
Di ruang  teman nan pandai
Ribuan rasa bertingkah baur
Penuh pahit getir 
Onak dan duri
Terasing sunyi
Berteman ramai
Suka gembira
Sedih dan gusar
Bertatih-tatih
Bertanya-tanya
Berputus asa
Yakin membara

Hari ini
22.09.2011
Dirai sedemikian gah
Bertopi bulat berbenang emas
Berjubah merah bertenun songket

SeLayak nya kah diri kerdil ini
Bukan untuk diriak…
Bukan untuk membangga-bangga
Diri nan kerdil harus makin bersyukur
Hanya setitis dari lautan ilmu -Mu Ya Rabb

24.09.2011 – 02.00 am
Makmal kawalan VIROB
FKAB UKM

 

Bertopi bulat itu… September 19, 2011

Filed under: Uncategorized — Kak Cuji bumi bertuah!!! @ 10:22 pm

Khamis, 22 September 2011, 2.00 pm- Majlis Pengiktirafan Penyelia dan Pemakaian Jubah

Sabtu, 24 September 2011, 8.00 am - Majlis Konvokesyen ke 39, Sidang 1.

termetrai harapan

tercanai impian

apapun….

merakam  saat bahagia…memercik rasa gembira…disanubari setiap insan sedarah sedaging, seukhuwah silaturahim….

Pada-Mu jua, kupanjatkan sejuta syukur….Allahuakbar walillahilhamd!!!

 

Alam Sepi… July 1, 2011

Filed under: Uncategorized — Kak Cuji bumi bertuah!!! @ 3:27 am

 

Kelam dan suram
Sunyi dan sepi
Detik nada di garis sifar
Denyut nadi seakan mati
diselubung pekat malam
dikeliling tembok batu pejal
dikelubung gebar nan tebal
Relung hati dijerut ikal
Terkapar sendiri
Mengelamun dan memikir
Denyut hidup
Untung nasib
Seorang aku…
 
Alam Tropika
9.00 pm, 30/6/ 2011
 
 
 

Mengelopak senyumku menatapnya… June 16, 2011

Filed under: Uncategorized — Kak Cuji bumi bertuah!!! @ 7:53 am

akhirnya yg dinanti tiba jua…

Alhamdulillah….Selaut syukurku pada-Mu Ya Rabb.

 

 

Petua asmara paling dahsyat ….dipetik dari novel mimpi-mimpi lintang Mariamah Karpov karangan Andrea Hirata… June 16, 2011

Filed under: Uncategorized — Kak Cuji bumi bertuah!!! @ 2:20 am

Jika kau bertemu kekasihmu, tak perlulah banyak kata, tak perlu banyak lagak, tak perlu bawa bunga segala:

“Cukup tunjukkan raut muka bahawa kau bersedia menyuapinya nanti jika dia sakit.

bersedia menggendongnya ke kamar mandi jika dia sudah renta tak mampu berjalan

bahawa kau, dengan segenap hatimu bersedia mengatakan didepannya betapa jelitanya dia,

meski wajahnya sudah kerepot seperti jeruk purut,

dan kau bersedia tetap berada di situ, tak kemana-mana

disampingnya selalu, selama 40 tahun sekalipun.”

Alangkah….

 

Anak-anak itu… May 13, 2011

Filed under: Uncategorized — Kak Cuji bumi bertuah!!! @ 10:25 am

apalah jasa yang harus dikenang

apalah budi yang harus dibalas

jika hanya sekelumit ilmu

tiada lain harapannya

biar anak itu

terus kejap menongkah samudra

terus  kukuh ilmu di dada

terus mara mengejar cita

terukir senyum terpercik bahagia

andai didengar suatu hari

anak itu

mengukir nama di persada dunia

itulah… anak itu

pernah menjadi anak didikku…

tiada malu   mengaku sama

tiada malu menumpang bangga…

Jumaat …13 mei 2011

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.